My Add

Tuesday 15 May 2012

Datuk, 5 dituduh seludup 293 PATI pendatang

*WARGA Myanmar (dari kiri) Kamal Haso Miya, Mohammed Shahidul Islam Kabir Ahmed, Abdul Malik Mohd, Zafar Husin Husin Sharif dan Dil Mohammad Iman Husin yang dituduh menyeludup dan memperdagangkan 293 pendatang asing dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah, semalam.

Oleh OPAT RATTANACHOT
SUNGAI PETANI, ISNIN, 14 Mei, 201: Seorang pemilik bot bergelar Datuk bersama lima lelaki Myanmar masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyeludup dan memperdagangkan 293 pendatang tanpa izin warga Myanmar ke negara ini.

Datuk Muhd. Abdulhayat Ikhwan Ahmad, 28, bersama lima warga asing itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan sangkar ternakan ikan Pantai Merdeka, dekat sini kira-kira pukul 10 pagi, 30 April lalu.

Kelima-lima tertuduh warga Myanmar yang merupakan pemegang status kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) ialah Kamal Haso Miya, 25, Mohammed Shahidul Islam Kabir Ahmed, 40, Abdul Malik Mohd, 40, Zafar Husin Husin Sharif, 25, dan Dil Mohammad Iman Husin, 40. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment