My Add

Tuesday 8 May 2012

Desak tindakan terhadap Ambiga

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus menyatakan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan percaya pasukan itu mampu memastikan keselamatan negara terus terjamin.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, pihak polis selama ini telah berusaha keras bagi memastikan rakyat terus hidup dalam keadaan tenteram.

Justeru, katanya, pasukan keselamatan berkenaan wajar diberi pengiktirafan setaraf dengan usaha mereka menjaga kedaulatan dan keamanan negara, bukannya dicaci atau dihina seperti yang dilakukan oleh segelintir pihak.

"Bagi kami, anggota polis merupakan wira kepada rakyat serta negara. Mereka bertugas tanpa mengira waktu bagi memastikan negara kita aman dan damai daripada sebarang ancaman keganasan," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment