My Add

Tuesday 8 May 2012

Pinjaman TEKUN dipercepat

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Usahawan kecil yang memohon pembiayaan perniagaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional akan menerima wang pinjaman dalam masa 21 hari selepas tarikh dokumen permohonan yang lengkap diterima oleh agensi berkenaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, tempoh pengeluaran wang pinjaman yang dilaksanakan mengikut prosedur tetap operasi (SOP) baru itu adalah lebih pantas berbanding 45 hari sebelum ini.

Menurutnya, wang pinjaman akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank peminjam yang berjaya manakala surat tawaran pinjaman dikeluarkan secara manual oleh pejabat TEKUN.

''Dalam SOP terbaru itu, kita turut memperkenalkan kelulusan pinjaman bersyarat iaitu peminjam dimaklumkan secara bertulis tentang syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam masa tiga bulan selepas permohonan diterima," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment