My Add

Tuesday 8 May 2012

Fatwa seiring tuntutan agama

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
KOTA BHARU, ISNIN, 07 Mei, 2012: Pas terus mencetuskan kontroversi yang boleh mengelirukan rakyat apabila mempertikaikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan rusuhan jalanan.

Tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa'amah menyifatkan, pemimpin Pas semakin hilang punca akibat kerakusan mengejar kuasa politik sehingga sanggup mempertikaikan keputusan tersebut.

"Inilah gambaran sikap mereka berfahaman Khawarij yang sanggup menghalalkan apa cara asalkan haknya tercapai.

''Ini bercanggah dengan tuntutan al-Quran, hadis dan ijmak ulama," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Abdullah mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mempertikaikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan apabila mengharamkan rusuhan jalanan atau demonstrasi yang mempunyai niat tidak baik, melanggar undang-undang serta boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.

Dalam reaksinya semalam, Mustafa berkata, jawatankuasa tersebut perlu memahami terlebih dahulu tujuan sebenar perhimpunan Bersih yang diadakan baru-baru ini sambil menegaskan keputusan itu adalah tidak betul.

Mengulas lanjut, Abdullah menegaskan, fatwa mengharamkan demonstrasi yang mencetuskan huru-hara adalah tepat dan ia berdasarkan fakta syarak yang menjadi ikutan Ahli Sunah Waljamaah.

"Negara kita terdiri dari rakyat berbilang kaum dengan agama Islam sebagai agama rasmi. Jika ada pihak cuba ingin mencetus api kemarahan sehingga menyebabkan huru-hara, berlaku perbalahan sesama sendiri ini adalah haram.

"Manusia dilahirkan untuk menjadi khalifah di muka bumi. Mereka bertanggungjawab menjaga kemakmuran negara termasuk kedaulatan Islam dan undang-undang negara," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik ke pada Perdana Menteri, Da tuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu memohon maaf kepada umat Islam berikutan kenyataannya yang mewajibkan orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu ternyata bercanggah dengan keputusan Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan demonstrasi bertujuan tidak baik dan melanggar undang-undang. Terpulanglah kepada Nik Aziz untuk menarik balik fatwanya itu iaitu wajib sertai Bersih atau memohon maaf. Saya rasa dia tahu apa tanggungjawab dia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment