My Add

Tuesday 8 May 2012

Bersih 3.0: Gabung buat laporan polis

KLUANG, ISNIN, 07 Mei, 2012: Seramai 100 ahli daripada 44 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu daerah ini yang bersatu di bawah Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu (Gabung) daerah Kluang berarak secara aman dan membuat laporan menentang perhimpunan Bersih 3.0.

Mereka turut menyampaikan jambangan bunga kepada Ketua Polis Balai Kluang, Cif Inspektor Othman Mohd. Said sebagai simbolik penghargaan terhadap pasukan keselamatan itu atas pengorbanan menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

Kumpulan itu turut berarak dengan membawa sepanduk mengandungi perkataan yang mengutuk pihak terbabit dalam perhimpunan Bersih 3.0 kerana mencetuskan huru-hara dan bertindak ganas sehingga sanggup menyerang anggota polis.

Walaupun hujan renyai, kumpulan itu tetap bersemangat berarak secara aman sebelum membuat laporan pukul 3.34 petang di Balai Polis Kluang, di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment