My Add

Tuesday 8 May 2012

GiatMara akan dijenama semula

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: GiatMara akan memperkenalkan Program Transformasi GiatMara (GMTP) dalam usaha menjenamakan semula pusat latihan itu yang sering dilabel untuk mereka yang mempunyai taraf pendidikan rendah.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, GMTP bakal memberi tumpuan kepada tujuh cabang iaitu pembangunan modal insan, merekayasa sistem latihan dan program usahawan.

"Turut diberi tumpuan ialah program menjana pendapatan, giat dekat rakyat, pengantarabangsaan dan penjenamaan GiatMara," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan GMTP, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi GiatMara, Datuk Shahirudin Ab. Moin dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Meriyam Abd. Majid.

Melalui GMTP, Ibrahim berkata, sistem latihan yang terdapat di pusat latihan GiatMara akan dipertingkatkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment