My Add

Tuesday 8 May 2012

Dahulu 'bandar mati', kini paling maju

LUMUT, ISNIN, 07 Mei, 2012: Kira-kira sejam membawa penulis meninjau sekitar bandar ini, Abdullah Hamid tidak jemu-jemu bercerita mengenai kepesatan pembangunan di sekitar Lumut; tempat dia mencari rezeki sejak lebih 30 tahun lalu.

Sepanjang perjalanan kami, pemandu teksi berusia 64 tahun itu banyak mengimbas bagaimana Lumut yang pernah menjadi antara 'bandar mati' kerana kedudukannya jauh terpencil, kini sudah jauh berubah, malah menjadi daerah paling pesat membangun di Perak.

''Tengoklah itu, dulu semuanya estet getah. Dalam empat tahun ini sahaja macam-macam bangunan naik," katanya sambil menunjukkan deretan premis perniagaan dan taman perumahan yang menjalar di sepanjang laluan ke Seri Manjung.

Di satu persimpangan, Abdullah menunjukkan pasar raya Tesco yang baru dibuka tahun lalu sambil memberitahu, kira-kira empat kilometer dari situ, projek pembinaan pusat beli-belah Aeon yang kedua terbesar di Malaysia kini dalam pembinaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment