My Add

Sunday 6 May 2012

Hadi baru tersedar

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Mei, 2012: Seluruh ahli Pas wajar mengucapkan tahniah kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru tersedar bahawa perjuangan agamanya selama ini tidak betul dan mengelirukan rakyat negara ini.

Malah, Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Hamzah Zainuddin turut menyifatkan pemimpin Pas itu sebagai cakap tidak serupa bikin ekoran sentiasa cuba mengubah konsep perjuangannya dan parti sejak dahulu.

Beliau berkata, Abdul Hadi sudah hilang arah perjuangan asalnya sejak sekian lama apatah lagi kini beliau berhadapan desakan yang dibuat oleh sekutu rapatnya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sebenarnya apa yang negara bawah pimpinan BN laksanakan selama ini sudah addinmengikut kehendak Allah, Islam, negara dan kepentingan rakyat cuma Abdul Hadi sahaja yang baru tersedar sebab beliau adalah seorang yang keliru," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment