My Add

Tuesday 15 May 2012

Hudud: Karpal didesak diam

PULAU PINANG, ISNIN, 14 Mei, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa berdiam diri dan tidak lagi membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan perundangan Islam termasuk Hudud.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, sebagai pemimpin kanan di negara ini, Karpal sepatutnya menjaga sentimen umat Islam.

Menurutnya, masyarakat Islam merasa terguris apabila pemimpin bukan Islam sewenang-wenangnya memberi komen mengenai Hudud.

"Janganlah perkara-perkara berkaitan Islam diperlekehkan oleh orang bukan Islam.

"Sepatutnya perkara sebegini dibincangkan oleh kita terlebih dahulu tanpa campur tangan orang bukan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Karpal baru-baru ini membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung cadangan Pas yang mahu melaksanakan Hudud. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment