My Add

Tuesday 15 May 2012

Pandangan lapuk seorang mufti - Nik Aziz

KOTA BHARU, ISNIN, 14 Mei, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam sebagai ‘pandangan lapuk seorang mufti.’

Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta Mufti Perak itu sebaik-baiknya tidak campur soal politik apabila memberi kenyataan serong terhadap parti pembangkang tersebut.

“Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti Pas, kena baca sejarahnya. Kerana asal tertubuhnya Pas adalah terlibat sama ‘orang UMNO’ yang melihat UMNO tak mampu berjuang Islam. Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah.

“Kemudian baca jugalah kitab Dr. Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulama Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.

“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh Mufti Mesir sendiri. Hasilnya rejim mungkar dapat dikalahkan. Berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Facebook beliau hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment