My Add

Tuesday 15 May 2012

Industri minyak sawit kekurangan 35,473 pekerja

KUALA LUMPUR, ISNIN,  14 Mei, 2012: Industri minyak sawit negara kekurangan seramai 35,473 pekerja dalam pelbagai kategori tahun lalu.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata, sehubungan itu langkah memperluaskan penggunaan jentera perlu dilakukan dan pada masa sama membuat pendekatan inovatif bagi menarik pekerja tempatan menyertai industri tersebut.

“Kita akan mencadangkan kepada syarikat-syarikat dalam industri itu memberikan insentif lain kepada rakyat tempatan yang berminat untuk bekerja.

“Selain itu, kita mahu bekerjasama dengan syarikat-syarikat terlibat bagi membangunkan kawasan kediaman kondusif dengan pelbagai kemudahan infrastruktur lain agar dapat menarik minat rakyat tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas seminar Tenaga Kerja Industri Sawit: Kemapanan, Prestasi dan Isu-Isu anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment