My Add

Tuesday 15 May 2012

Kuala Nerus jadi kawasan emas

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
KUALA TERENGGANU, ISNIN, 14 Mei, 2012: Lambak Ibrahim sudah hampir mencecah usia 80 tahun. Dia yang lebih dikenali sebagai Ustaz Lambak dilahirkan dan menetap di Tok Jiring dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus.

Dialah yang selayaknya menceritakan kisah silam Kuala Nerus kerana sepanjang rentetan usianya dia melihat, merasai dan berada dalam setiap perkembangan suasana setempat serta perubahan yang berlaku.

Dia tidak menjangkakan perubahan sepesat sekarang berserta pelbagai kemudahan yang tersedia untuk kehidupan yang lebih sejahtera dan selesa bagi penduduk setempat.

Baginya, kemudahan yang wujud memberi ruang dan peluang bagi sesiapa yang berusaha mengubah nasib dan kehidupan ke arah yang lebih baik.

''Suatu ketika dulu penempatan penduduk Kuala Nerus yang terletak di kawasan Kuala Terengganu utara dipisahkan dengan kawasan bandar oleh sungai. Feri dan bot penambang yang berpusat di Bukit Datu merupakan pengangkutan utama, selain jambatan kecil di Manir untuk kemudahan berulang-alik ke bandar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment