My Add

Thursday 17 May 2012

Irene Fernandez terus burukkan negara

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, RABU, 16 Mei, 2012: Walaupun dikecam pelbagai pihak kerana tindakannya memburukkan negara sendiri dalam media Indonesia pada minggu lalu, namun Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez langsung tidak berasa kesal apabila sekali lagi menjaja cerita sama kepada media.

Kali ini, Irene membuat tuduhan pula kononnya rakyat Bangladesh di negara ini, turut mengalami nasib sama seperti pekerja migran dari Indonesia semasa temu bual dengan wartawan dari portal berita The Malaysian Insider.

Kenyataan beliau yang disiarkan dalam portal berita tersebut segera menarik perhatian media asing apabila ia dipetik dan disiarkan semula dalam portal berita The Daily Star/AsiaNewsNetwork (ANN) di Dhaka, Bangladesh pada Ahad lalu.

Berita bertajuk Malaysian cops prey on migrant workers itu boleh dibaca oleh pengguna Internet di seluruh dunia kerana ia turut dimuat naik dalam Yahoo!News Malaysia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment