My Add

Thursday 17 May 2012

Kenyataan Hadi mengejutkan

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Mei, 2012: Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap gesaan Datuk Harun Taib berhubung pelaksanaan hukum hudud bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan parti adalah sesuatu yang mengejutkan.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau sendiri tidak pernah terfikir ulama besar seperti Abdul Hadi boleh melemparkan kenyataan negatif sedemikian terhadap Ketua Dewan Ulama Pas itu.

Jelasnya, ia bukan sahaja menjatuhkan martabat rakan seperjuangan tetapi boleh dilihat sebagai usaha tersembunyi melaga-lagakan kedua-dua pemimpin utama parti berkenaan.

"Saya tersentak membaca ulasan Presiden Pas mengenai gesaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama Pas berhubung perlaksanaan hudud. Saya benar-benar terkejut dan terus meneliti komen beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment