My Add

Thursday 17 May 2012

Jabatan Visa, Imigresen Kanada di KL ditutup

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012:: Kanada mengumumkan penutupan Jabatan Visa dan Imigresen di Malaysia berkuatkuasa 30 April lalu dan perkhidmatan itu akan diuruskan di pejabatnya di Singapura. 

Laman web Kewarganegaraan dan Imigresen Kanada (CIC) dalam satu kenyataan ringkas berkata, bermula 1 Mei lalu, kesemua perkhidmatan yang berkaitan akan dikendalikan pejabatnya di Singapura.

Katanya, ia adalah perubahan yang dilaksanakan ke atas operasi CIC di Kanada dan luar negara dengan memperkenalkan strategi pengurusan berpusat.

“Penutupan beberapa pejabat jabatan visa dan imigresen Kanada di Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia (Kuala Lumpur), Jerman (Berlin), Japan (Tokyo) dan Bangladesh (Dhaka) bertujuan mengurangkan kos operasi yang disumbang dari negara terbabit,” katanya menerusi laman webnya di sini, hari ini. 

No comments:

Post a Comment