My Add

Thursday 10 May 2012

Kaji lebih mendalam sebelum buat keputusan - PM


*NAJIB beramah mesra dengan penyampai radio Sinar FM dalam sesi wawancara di ASTRO, Bukit Jalil, pagi tadi. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR, khamis, 10 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jabatan dan agensi kerajaan perlu melakukan semakan terperinci sebelum mengambil sesuatu keputusan hanya berdasarkan kepada maklumat yang diterima di atas kertas, yang akhirnya mendatangkan natijah negatif.

Perdana Menteri berkata, pengalaman dan hasil daripada tinjauan mesra yang disifatkan sangat bermakna, telah mendedahkan beliau kepada keadaan sebenar di sesuatu kawasan dan mendengar sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Najib berkata, tinjauan mesra di Sandakan, Sabah baru-baru ini telah menyentuh perasaan beliau berikutan nasib yang menimpa seorang warga emas di tempat itu.

"Ketika saya duduk minum teh tarik dengan sekumpulan warga emas, seorang daripadanya yang juga bekas pemandu teksi memberitahu dia kini tidak layak untuk menerima wang bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan JKM mendapati anak-anaknya telah bekerja.

"Rumahnya dibeli dengan wang simpanannya dan telah diberi hak milik kepada anaknya (yang) telah bertindak menghalaunya keluar. Walaupun atas kertas anak-anaknya telah bekerja tetapi mereka telah mengambil tindakan yang saya anggap zalim. Ini bermakna kita perlu ambil tindakan yang lebih mendalam (untuk menentukan) sama ada anak-anak benar-benar membantu ibu bapa," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Sinar Pagi selama satu jam di SINAR fm di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment