My Add

Wednesday 16 May 2012

Kapal peluru berpandu Pakistan tiba di Pelabuhan Kuantan

KUALA LUMPUR, RABU, 16 Mei, 2012: Kapal peluru berpandu Pakistan 'PNS AZMAT' akan berada di Pelabuhan Kuantan mulai hari ini hingga Sabtu dalam usaha mengukuhkan hubungan sedia ada antara Pakistan dan Malaysia. 

Lawatan itu seiring dengan tradisi maritim, kata Penasihat Pertahanan kepada Pakistan di Malaysia, Pegawai Komodor, Zahid Akram yang menambah kapal itu sedang melakukan pelayaran sulung ke Pakistan selepas dibina di China baru-baru ini.
Beliau berkata, di dalam satu kenyataan, PNS AZMAT yang juga pertama dalam kelas kapal AZAMAT dilengkapi dengan senjata canggih dan alat pengesan untuk menangkis sebarang serangan di lautan.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid, berkata kunjungan kapal itu ke Malaysia akan mengeratkan hubungan antara Pakistan dan Malaysia dan akan membuka pintu kerjasama berterusan antara kedua-dua tentera laut. 

Beliau berkata, kedua-dua negara mempunyai sejarah kerjasama yang panjang di semua peringkat dan hubungan persaudaran mereka akan terus berkembang. 

Dalam menangani cabaran maritim masa kini, Masod berkata, pembabitan yang konstruktif adalah perlu dalam menghadapi cabaran individu dan bersama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment