My Add

Wednesday 16 May 2012

Bekas Pengarah JPJ Negeri Sembilan bebas tuduhan rasuah

SEREMBAN, RABU, 16 Mei, 2012: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membebas dan melepaskan bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Mohd Kamal Saad, 58, daripada tuduhan menerima tiket kapal terbang dan penginapan hotel di Sabah bernilai RM688 daripada sebuah institut memandu, dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Kamal didakwa menerima tiket penerbangan pergi dan balik Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dan penginapan selama satu hari di Hotel Promenade, Kota Kinabalu daripada Sharifah Norliza, 45, yang juga pemilik Institut Memandu Empatsempurna (M) Sdn Bhd yang terletak di Lukut, Port Dickson.

Tiket penerbangan berharga RM298 dan penginapan bernilai RM390 diberikan kepada Mohd Kamal bagi menghadiri mesyuarat JPJ bersama institut memandu Negeri Sembilan dari 24 hingga 26 Julai 2010 di Kota Kinabalu. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment