My Add

Tuesday 8 May 2012

Kembara Bumi Suci ajar erti kehidupan, saling bekerjasama

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Konvoi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 (KBS2) yang kini memasuki minggu ketiga bukan sahaja menguji ketahanan mental dan fizikal peserta, tetapi lebih daripada itu apabila kembara tersebut turut mengajar erti kehidupan.

Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi oleh 20 peserta termasuk tiga wanita yang menggunakan 12 motosikal berkuasa tinggi bersama dua kenderaan pacuan empat roda kini berada di China sejak bertolak dari tanah air pada 21 April lalu.

Peserta veteran, Jaya Abdullah, 64, berkata, kembara ini bukan setakat menguji ketahanan mental dan fizikal mereka tetapi ia juga mengajar erti kehidupan, antaranya sikap kerjasama dan tolong-menolong.

"Dalam kembara ini, bukan setiap masa perjalanannya lancar kerana ada sahaja musibah yang ditempuhi antaranya tayar motosikal pecah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment