My Add

Tuesday 8 May 2012

Angkasa iktiraf petanque sukan rasmi koperasi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Mei, 2012: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) akan terus menjadikan sukan petanque sebagai acara rasmi pertubuhan koperasi itu selepas 22 kali menganjurkan temasya sukan itu sejak 1990.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, konsep permainan sukan itu juga sejajar dengan falsafah koperasi yang memerlukan kerjasama berpasukan untuk mencapai kejayaan.

Katanya, keistimewaan sukan itu terletak pada kehebatan pasukan yang bertanding melalui kekuatan fizikal dan mental selain sesuai disertai semua peringkat umur.

"Angkasa akan berusaha memperkenalkan sukan yang kurang popular itu di peringkat komuniti selain menggalakkan penyertaan daripada koperasi sekolah dan dewasa.

"Justeru, kita turut berharap setiap sekolah menjadikan sukan itu sebagai sukan pilihan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri upacara penutup Kejohanan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaan 2012 yang dirasmikan oleh Pengurus Kawasan Cheras, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zahari Abd. Manap, di sini, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment