My Add

Saturday 26 May 2012

Kerajaan lulus RM543,000 bantu NGO, rumah ibadat Pahang

BENTONG, SABTU, 26 Mei, 2012:: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM543,000 kepada 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rumah ibadat iaitu kuil dan gereja di negeri ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G Palanivel berkata, peruntukan itu adalah untuk pihak berkenaan menjalankan program dan aktiviti masing-masing.

"Kerajaan prihatin dengan keperluan NGO serta rumah ibadat di negeri ini dan akan terus menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan tanpa pilih kasih," katanya pada majlis penyampaian sumbangan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Karak, semalam.

Hadir sama, Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Palanivel yang juga Presiden MIC turut mengingatkan rakyat agar terus memelihara perpaduan kaum kerana ia merupakan benteng paling kukuh untuk membanteras niat jahat pihak yang mahu meimbulkan ketegangan kaum. 

"Rakyat perlu memelihara keamanan dan kemakmuran yang ada dengan menghormati antara satu sama lain serta hidup berbaik-baik dan bersatu padu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment