My Add

Saturday 26 May 2012

Ahli BN perlu sentiasa sedia tangkis pembohongan pembangkang

KOTA KINABALU, SABU, 26 Mei, 2012: Ahli Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa bersiap sedia untuk menangkis pembohongan dan propaganda pembangkang yang merosakkan pemikiran rakyat menerusi alam maya.

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Said berkata, pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk menghasut pemikiran rakyat khususnya golongan muda melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog.

"Kita sekarang berhadapan dengan perang siber dan kita perlu memenangi peperangan ini," katanya pada perasmian Bengkel Cyber Troopers Pemuda BN Sabah di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment