My Add

Saturday 26 May 2012

Kesihatan bukan kriteria calon PRU, kata SU Agung BN

PUTRAJAYA, SABTU, 26 Mei, 2012: Faktor kesihatan tidak akan dijadikan kriteria penting khusus dalam pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, katanya, calon yang terpilih perlu menjaga tahap kesihatan masing-masing dengan membuat pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa.

"Macam saya sendiri pun dah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk buat semua pemeriksaan setiap tahun... sama juga ahli Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri (Dun)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Lorong Seni sempena Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai isu tersebut memandangkan jumlah pilihan raya kecil yang tinggi yang terpaksa diadakan sejak pilihan raya umum pada 2008, kerana kematian wakil rakyat kerana pelbagai masalah kesihatan.

Sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun, yang membabitkan kos lebih RM11 juta.

Seramai 13 wakil rakyat meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dalam tempoh itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment