My Add

Friday 4 May 2012

'Kita terkeluar watch list'

Oleh Hashnan Abdullah

PUTRAJAYA, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Pengumuman Pertubuhan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) bahawa Malaysia kini terkeluar daripada senarai negara bermasalah cetak rompak serius pada 30 April lalu mampu meningkatkan lagi kepercayaan pelabur asing terhadap iklim pelaburan negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan yang terkandung di dalam laporan 'Special 301 Report' itu menunjukkan Amerika Syarikat (AS) memperakui dan menghargai usaha kerajaan dalam membanteras kegiatan cetak rompak di negara ini.

Katanya, ia turut menjadikan Malaysia negara kedua di peringkat rantau ASEAN selepas Singapura yang dikeluarkan daripada senarai tersebut.

''Ia merupakan satu kejayaan yang besar kerana negara kita telah tersenarai dalam laporan itu sejak 1989 lagi dan telah ditempatkan dalam kategori Priority Watch List bermula tahun 2000," tegas beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment