My Add

Friday 4 May 2012

Pemaju perlu sedia dana cukup

Oleh ABDUL YAZID ALIAS 

SHAH ALAM, KHAMIS, 03 Mei, 2012; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah setiap pemaju perumahan di negeri ini menyediakan dana yang mencukupi bagi melaksanakan usaha penghijauan alam di sekitar di kawasan pembangunan mereka.

Baginda bertitah, penyediaan dana itu harus diberikan keutamaan dalam setiap pembangunan bagi memastikan rakyat di negeri ini hidup dalam persekitaran yang teratur, bersih dan selamat.

"Persekitran sebegini boleh mewujudkan tahap kesihatan fizikal, mental dan spiritual yang berkualiti dalam usaha kita mengejar kemajuan.

"Oleh itu, beta sarankan supaya setiap pemaju perumahan di negeri ini menyediakan dana yang mencukupi untuk tujuan penghijauan alam sekitar.

"Pemaju juga dikehendaki mengutamakan kawasan hijau berkenaan supaya ia lebih bermakna dan berfungsi serta mampu menaiktaraf kualiti alam sekitar," titah baginda," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment