My Add

Sunday 6 May 2012

Kolej Komuniti tawar upskilling, reskilling

*MOHAMED Khaled Nordin (kiri) memerhatikan beberapa orang pelajar mengisi borang untuk mendaftar masuk Kolej Komuniti pada majlis pelancaran Kolej Komuniti sebagai Hab Upskilling dan Reskilling di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, semalam

Oleh HANIZA HASSAN

KOTA TINGGI, SABTU. 05 Mei, 2012: Kolej Komuniti terus mengorak langkah dengan memperkenalkan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan melatih semula (reskilling) bagi pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran dan ilmu masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebelum ini Kolej Komuniti menyediakan tempat belajar kepada golongan yang gagal melanjutkan pengajian ke universiti dan menawarkan kursus yang memenuhi keperluan komuniti seperti bakeri dan kecantikan.

Beliau berkata, dengan adanya program baru itu, Kolej Komuniti dapat memastikan pekerja industri mendapat pendedahan sewajarnya bagi meningkatkan kemahiran selain mendapat gaji yang lebih tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment