My Add

Friday 11 May 2012

KUIN tidak patut naikkan yuran: Mahdzir Khalid

ALOR SETAR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan Kedah, tidak sepatutnya menaikkan yuran pengajian tetapi memberikan pendidikan percuma kerana itu adalah janji pakatan pembangkang. 

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kerajaan Kedah juga sepatutnya memberi biasiswa kepada pelajar melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah, seperti yang dicanang pakatan pembangkang ketika berjanji memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata, sebelum menaikkan yuran KUIN, kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya melihat dulu kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

"Institusi pengajian tinggi swasta lain memang yuran agak tinggi tetapi mereka memberikan perkhidmatan yang selesa kepada pelajar seperti keselesaan asrama, tempat pengajian, gelanggang sukan dan rekreasi. 

"Mereka (kerajaan Kedah) mencanangkan kemudahan akan lebih selesa di Kuala Ketil. Kampus Kuala Ketil belum tentu lagi pasti, yuran dah dinaikkan walaupun belum berpindah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment