My Add

Thursday 17 May 2012

Malaysia boleh contohi Indonesia bangunkan tanah wakaf

SEPANG, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Malaysia boleh mencontohi kesungguhan badan-badan agama Islam di Indonesia dalam membangun dan menginovasi tanah wakaf dengan cara yang lebih kreatif walaupun mempunyai dana yang terhad, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, badan-badan itu mempelbagaikan penggunaan tanah wakaf dengan membina sekolah agama, universiti serta hospital berbanding di Malaysia yang pada kebiasaannya menggunakan tanah wakaf untuk mendirikan masjid atau tanah perkuburan.

"Malah sekolah-sekolah agama juga dibiayai Nahdlatul Ulama yang bukan atas sifat parti politik, tetapi mereka adalah badan agama yang bebas di Indonesia," katanya sejurus tiba dari Jakarta, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment