NEW YORK, SABTU, 19 Mei, 2012: Malaysia terus menjadi rakan dagang utama Amerika Syarikat (AS) dalam kalangan negara anggota ASEAN sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini dan pakar di sini berpendapat trend ini akan berterusan sehigga hujung tahun.
Persuruhjaya Kanan Perdagangan Malaysia, Mohd Mustafa Abdul Aziz menyuarakan
keyakinan beliau bahawa trend ini akan berterusan pada bulan yang akan datang.
“Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan dagang utama Amerika
Syarikat dalam ASEAN pada dua bulan pertama tahun ini," kata Mustafa dalam temu bual di pejabat beliau di sini.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS, eksport Malaysia
ke Amerika Syarikat dalam dua bulan pertama 2012 bernilai $AS4.062 bilion,
meningkat 2.63 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Penguasaan Malaysia ke atas import AS dalam tempoh dua bulan tahun ini
sebanyak 1.14 peratus, susut berbanding 1.23 peratus pada tempoh yang sama tahun
lepas.
Selepas bermula sebagai sumber import ke-17 terbesar Amerika Syarikat pada
awal tahun, Malaysia turun ke tangga ke-18, diambil alih oleh Colombia hasil
eksport minyaknya yang tinggi.
Eksport Malaysia ke AS didominasi oleh komoditi. Kebanyakan pengeksport Malaysia mendapati lebih mudah mengeksport ke pasaran membangun seperti Timur Tengah, ASEAN, China dan India. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment