My Add

Saturday 19 May 2012

Malaysia, negara OIC perlu hasilkan farmakopia halal

KUALA LUMPUR, SABTTU, 19 Mei, 2012: Malaysia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bekerjasama menghasilkan farmakopia halal sebagai rujukan dalam pengeluaran ubat bagi pengguna umat Islam di seluruh dunia.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Zhari Ismail, berkata sehingga kini hanya lima negara iaitu Arab Saudi, Indonesia, Thailand, Filipina dan Britain yang menghasilkan farmakopia halal sebagai garis panduan dalam pengeluaran ubat-ubatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Konsep Halal dan Islam di dalam Ubat-Ubatan Menurut Perspektif Malaysia' pada Persidangan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): 'Perubatan dan Kesihatan Halal Berkonsepkan Islam 2012' di sini.

Persidangan dua hari itu yang bermula hari ini dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Zhari berkata, rujukan kandungan ubat-ubatan yang terdapat di pasaran negara boleh dilakukan melalui Indeks Halal yang dijual di pasaran hasil kerjasama USM dan swasta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment