My Add

Friday 18 May 2012

Masih ada 15,000 tiket final Piala FA: FAM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Orang ramai masih berpeluang mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. 

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, berkata daripada 85,000 tiket yang dicetak, masih ada baki 15,000 tiket yang belum terjual.

"Kami yakin baki 15,000 tiket ini akan habis dijual petang esok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada keseluruhan tiket yang dicetak, sebanyak 50,000 tiket diagihkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan 15,000 keping kepada Sime Darby. 

"Pada hari ini, sebanyak 5,000 daripada 20,000 tiket dijual, sejak kaunter tiket di Stadium Nasional dibuka pada jam 10 pagi. Kaunter tiket masih dibuka esok bermula jam 10 pagi hingga perlawanan bermula pada jam 8.45 malam," katanya. 

Harga tiket perlawanan akhir Piala FA musim ini, dijual dengan harga RM40 bagi semua tempat duduk. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment