My Add

Friday 18 May 2012

Perkhidmatan KTMB dijangka terjejas esok, lusa

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 20122: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka terjejas sedikit esok dan Ahad berikutan kerja penyenggaraan landasan antara Simpang Batu dan Kepong (KM383.460-KM383.590) yang membabitkan Stesen Putra dan Stesen Segambut. 

Dalam kenyataan hari ini, KTMB berkata kerja penyenggaraan landasan itu dijadual dilakukan dari 12.01 pagi hingga 10 pagi esok dan bagi tempoh yang sama pada Ahad.

"Usaha akan dilakukan untuk meminimumkan kelewatan perkhidmatan tren ketika kerja penyenggaraan dilakukan," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerja penyenggaraan landasan secara berjadual penting kerana ia adalah sebahagian daripada komitmen KTMB untuk menyediakan perkhidmatan tren yang selamat dan menepati masa kepada penumpang. 

"Kami mengharapkan kefahaman pelanggan dan memohon maaf atas sebarang kesulitan," menurut kenyataan itu. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari lama sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment