My Add

Sunday 6 May 2012

MUBARAK gesa rakyat waspada usaha mahu guling kerajaan

PARIT BUNTAR, AHAD, 06 Mei, 2012: Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) menggesa rakyat supaya berwaspada terhadap usaha untuk menggulingkan kerajaan, demi menyelamatkan negara dan menjamin kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat pada masa depan. 

Ketua Penerangan MUBARAK, Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata, MUBARAK mengutuk sekeras-kerasnya usaha pihak tertentu yang berkomplot untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi.

"Sebenarnya MUBARAK sudah tahu lama perkara itu tetapi sengaja tidak mahu menghebohkannya kerana bimbang akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

"Oleh kerana Perdana Menteri telah mendedahkannya, dan bekas-bekas Ketua Polis Negara termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengesahkannya, jadi rakyat perlu tahu perkara ini dan perlu sentiasa berwaspada," katanya kepada Bernama hari ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lepas berkata perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di ibu negara 28 April lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment