My Add

Saturday 5 May 2012

Muhyiddin mahu usaha berterusan pertingkat kualiti pembelajaran

MUAR, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah perlu dilakukan secara berterusan dan digembleng menerusi kerjasama antara ibu bapa serta guru walaupun negara memiliki kemudahan pendidikan setaraf negara maju.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sudah menyediakan prasarana pendidikan yang terbaik untuk rakyat.

"Kemudahan dan infrastruktur pendidikan di negara ini setaraf dengan negara maju tetapi pada masa yang sama kualiti pembelajaran murid di sekolah sentiasa perlu dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi," katanya ketika menghadiri majlis penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Kebangsaan Kampung Kemasih, Grisek di sini, hari ini.

Muhyiddin memberikan contoh bagaimana Sekolah Kebangsaan Ulu Ibai, Sarawak yang terletak di kawasan pedalaman dan hanya dilengkapi dengan kemudahan asas persekolahan mampu terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment