My Add

Tuesday 15 May 2012

Institusi kewangan Asia masih kukuh

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Mei, 2012: Institusi kewangan Asia ketika ini berada di kedudukan yang baik untuk berdepan dengan ketidaktentuan pasaran dunia, khususnya krisis yang dihadapi Eropah.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, keadaan itu disebabkan negara-negara di rantau ini sudah memiliki sistem kewangan yang maju dan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam ekonomi domestik mereka.

"Memang ada sedikit kesan kepada Asia, tetapi situasinya lebih baik untuk berdepan dengan keadaan tidak menentu tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat kedua Financial Stability Board (FSB) Regional Consultative Group Asia di sini hari ini.

Turut hadir Gabenor Bank Korea, Choongsoo Kim dan Ketua Setiausaha FSB, Svein Andresen.

Beliau berkata, beberapa pengukuhan ekonomi yang telah dirangka sebelum ini diikuti dasar pembaharuan kewangan telah membuahkan hasil yang menggalakkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment