My Add

Tuesday 15 May 2012

Peluang perniagaan minyak RM22.3b di AS

*PEMANDANGAN di sebuah telaga minyak di Kennedy, Texas, Amerika Syarikat (AS). Syarikat-syarikat Malaysia kini semakin aktif menyertai industri minyak dan gas di AS. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Mei, 21: Syarikat-syarikat minyak dan gas Malaysia yang mengambil bahagian pada Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) Houston 2012 yang berakhir baru-baru ini, telah memperoleh peluang perniagaan baru bernilai AS$7.2 bilion (RM22.3 bilion).

Misi empat hari yang bermula 30 April itu diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Dalam satu kenyataan, Matrade berkata, lebih 145 pertemuan telah diatur bagi syarikat Malaysia yang mengambil bahagian di bawah astaka Malaysia yang diselaraskan olehnya dengan kerjasama Malaysia Petroleum Resources Corporation dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

Dua memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Muhibbah Engineering (M) Bhd. dan Ford, Bacon & Davis USA bagi penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan projek bagi perkhidmatan minyak dan gas, tenaga dan perkhidmatan proses dan Innovative Fluid Process Sdn. Bhd. dengan Americas Energy Company bagi penyediaan kemudahan, reka bentuk sistem dan kejuruteraan.

“Dengan menghadiri OTC, kami berharap syarikat-syarikat Malaysia akan mendapat manfaat dan menggunakan kehadiran ini sebagai batu loncatan bagi mengembangkan perniagaan bukan sahaja di AS malah juga di Amerika Latin dan Kanada.

“Penyertaan di OTC Houston 2012 adalah sebahagian daripada usaha berterusan Matrade bagi meningkatkan dan mempromosikan keupayaan dan kepakaran Malaysia di dalam sektor minyak dan gas," kata Pengerusi Matrade, Datuk Mah Siew Keong. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment