My Add

Sunday, 6 May 2012

         
        Oleh Syuhada 
        Choo Abdullah 

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Mei, 2012: Tiga bekas Ketua Polis Negara meminta polis bertindak tegas dengan menahan dalang rusuhan perhimpunan BERSIH 3.0 yang cuba ‘menawan’ Dataran Merdeka pada 28 April lalu dan mengguling kerajaan menerusi ke5ganasan.

Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar berpendapat ia perlu bagi memastikan negara selamat daripada cubaan menukar kerajaan tanpa berlandaskan kedaulatan undang-udang dan Perlembagaan.

Mereka yang mempunyai pengalaman menangani pelbagai ancaman terhadap keselamatan negara, memandang serius komplot itu dan khuatir anasir berkenaan berkembang serta merebak sehingga mencetuskan anarki (huru-hara) dan membawa negara ke arah suasana darurat.

Mereka mengulas pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengenai kumpulan tertentu yang merancang menawan Dataran Merdeka untuk mewujudkan huru-hara dan mengguling kerajaan yang dipilih secara sah menerusi pilihan raya.

Najib berkata, kumpulan itu merancang menawan Dataran Merdeka sekurang-kurangnya empat hari sehingga cuti umum Hari Pekerja pada 1 Mei untuk menunjukkan kepada dunia luar kononnya kerajaan menindas mereka.

Rahim berkata, berdasarkan keadaan perhimpunan, komplot mengguling kerajaan yang dipilih rakyat memang boleh berlaku, bahkan ada kemungkinan lebih buruk lagi.

“Dalam gerakan massa, masing-masing ada agenda. Apabila sudah bersemarak, ditambah ucapan berapi, perasaan golongan muda akan mudah dibakar. Inilah mob psychology (boleh mempengaruhi keadaan),” katanya.

Rahim berkata, penganjur perhimpunan, Datuk S Ambiga tidak mengetahui atau memahami ancaman terselindung kerana tidak pernah bekerja dalam organisasi risikan yang terlatih untuk membaca dan mengesan sesuatu yang ‘pepat di luar rencong di dalam’ (peribahasa bermaksud baik di luar, tetapi jahat di dalam hati).

“Dalam sejarah negara sejak Perang Dunia Kedua, polis memang banyak pengalaman dalam hal sebegini tetapi Ambiga tiada langsung. Dia hanya belajar undang-undang. Ambiga dan pihak lain terbabit bersekongkol untuk tujuan masing-masing, tetapi umpama tidur sebantal mimpi lain-lain,” katanya.

Musa pula berkata, komplot menggulingkan kerajaan amat berbahaya dan polis perlu mengambil tindakan serius membendung dan menanganinya dengan segera.

Beliau berkata, komplot berkenaan menjadi `trend’ yang melanda beberapa negara, tetapi kejadian dalam perhimpunan lalu jelas melencong daripada tujuan sebenar.

“Saya yakin pendedahan Perdana Menteri memang ada asasnya berdasarkan cara perhimpunan itu. Laungan mensasarkan kepada kerajaan dan rusuhan berlaku menjadi bukti. Sekiranya ia berlaku (penggulingan kerajaan), huru-hara akan tercetus dan boleh membawa kepada darurat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan tegas harus diambil terhadap penganjur dan dalang rusuhan supaya kedaulatan undang-undang negara dihormati.

“Dalam keadaan perhimpunan yang ganas dengan seseorang yang menjerit suatu, peserta akan ikut kerana ketika itu mereka sudah menggunakan emosi dan bukan lagi fikiran,” katanya.

Musa juga menyifatkan cemuhan terhadap polis dengan panggilan ‘anjing’ adalah penghinaan berbentuk provokasi dan mencabar pasukan keselamatan.

Sementara itu, Haniff berkata, Najib pasti membuat pendedahan itu selepas mendapat input daripada organisasi risikan kerajaan, terutama polis Cawangan Khas.

“Sudah tentu ia berasas kerana Perdana Menteri tidak bercakap begitu saja. Ia memang boleh berlaku. Orang yang menunggu peluang melakukan sesuatu demi kepentingan diri memang ada setiap masa.

“Sebagai orang lama, saya tengok memang ada orang yang pernah terbabit mewujudkan huru-hara menerusi kekerasan menyertai perhimpunan. Rakyat perlu bangkit memberi pandangan untuk menasihati semua pihak mengikut undang-undang dan dengan itu semua akan selamat dan ada ruang bergerak,” katanya.

Sementara itu, Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Kamarudin Md Ali, ketika menceritakan pengalamannya menghadapi gerakan reformasi di ibu kota antara 1998 hingga 2001, mengaku ada kumpulan yang memang mengambil kesempatan mencetuskan huru-hara.

“Ada sekumpulan kecil yang mengambil kesempatan mengeruhkan keadaan untuk tujuan tertentu. Mereka mencontohi Indonesia yang berjaya menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan. .

“Ketika reformasi, polis menjumpai bom api di kawasan tumpuan demonstrasi, seperti di Kampung Baru dan Kampung Kerinchi. Ada juga membawa senjata seperti pisau dan cuba menyerang polis.

“Polis tahu kehadiran orang berkenaan dan mengambil langkah supaya tidak dapat menjayakan matlamat mereka,” katanya. - Berrit Minggu

No comments:

Post a Comment