My Add

Wednesday 16 May 2012

Peletakan jawatan Tunku Aziz beri kesan kepada DAP

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Mei, 2012: Keputusan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP hanya kerana perbezaan pendapat dengan pemimpin lain berhubung perhimpunan haram Bersih 3.0 merugikan parti itu.

Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, ia kerana Tunku Abdul Aziz mempunyai pengaruh dalam DAP yang akan memberi kesan kepada masa depan parti berkenaan.

"Jangan pandang beliau sebelah mata kerana kita tidak tahu siapa Tunku Abdul Aziz serta berapa ramai pengikutnya di dalam parti.

"Banyak kesan yang akan berlaku selepas beliau membuat keputusan tinggalkan DAP," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Tunku Abdul Aziz yang meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP dan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta semalam ekoran perbezaan pandangan dengan pemimpin DAP lain berhubung perhimpunan haram Bersih 3.0. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment