My Add

Wednesday 16 May 2012

Pukul wartawan: Dua perusuh Bersih ditahan

IPOH, SELASA, 15 Mei, 2012: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat memukul wartawan ketika rusuhan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, kedua-dua lelaki berusia 43 dan 52 tahun itu ditahan di sekitar Tambun dan Klebang pada Sabtu lalu.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit yang bekerja sebagai peniaga pasar malam dan tukang besi, dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

"Lelaki-lelaki terbabit ditahan kerana dipercayai terlibat memukul wartawan pada perhimpunan tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum ini memberi tempoh selama tujuh hari bermula 9 Mei lalu kepada 129 peserta Bersih 3.0 yang gambar mereka disiarkan untuk menyerah diri atau akan diburu sehingga ke rumah masing-masing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment