My Add

Tuesday, 1 May 2012

Pembohongan Anwar, Azmin 'dilondeh' wartawan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 April, 2012: Pembohongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali kononnya polis yang memulakan kekecohan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu akhirnya memakan diri.

Pihak yang melondehkan pembohongan Anwar dan Azmin itu pula adalah kumpulan wartawan daripada media arus perdana, agensi berita luar negara, media propembangkang serta portal berita yang bersatu mengasak mereka semasa sidang media di Ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Akibatnya, Anwar dan Azmin terpaksa menahan malu kerana setiap pembohongan mereka dipatahkan kumpulan wartawan berkenaan memandangkan rata-rata petugas media terbabit melihat sendiri arahan Ketua Pembangkang agar peserta demonstrasi merempuh halangan polis.

Malah cubaan Anwar menggunakan taktik kegemaran beliau iaitu melabelkan petugas media yang bertanya soalan panas sebagai balaci UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga gagal apabila wartawan Agenda Daily, Roslan Bian, secara keras menyanggah tuduhan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment