My Add

Tuesday 1 May 2012

Aksi panas pemimpin pembangkang?

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 April, 2012: Dua laman blog iaitu papagomo.com dan stopthelies.my hari ini mendedahkan mengenai skandal dua pemimpin utama pembangkang daripada dua komponen parti yang berbeza.

Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi dari bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun tiada penjelasan terperinci mengenai di mana rakaman itu dibuat dan pihak yang bertanggungjawab merakam aksi panas tersebut sebelum ia disiarkan blog berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Utusan Malaysia dimaklumkan lebih banyak gambar 'aksi panas' lelaki berkenaan akan disiarkan blog-blog prokerajaan selepas ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment