My Add

Monday 21 May 2012

Penduduk pertikai tindakan PBT

KUALA SELANGOR, AHAD, 20 Mei, 2012: Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang begitu mudah meluluskan operasi pusat urut di daerah ini menimbulkan banyak persoalan kepada penduduk setempat.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Islam Bestari Jaya, Suhaidi Salleh berkata, tidak ada keperluan bagi sebuah daerah kecil di luar bandar yang 65 peratus penduduknya beragama Islam mempunyai begitu banyak pusat atau rumah urut.

''Untuk apa? Di sini perkhidmatan tukang urut tradisional di kampung-kampung pun masih banyak.

''Paling mendukacitakan ia mendedahkan anak-anak muda kita kepada persekitaran untuk terjebak ke lembah maksiat,'' katanya.

Beliau menambah, apa yang menghairankan, banyak permohonan pihaknya untuk menganjurkan program sihat disekat atau ditolak.

Sebaliknya, ujar beliau, operasi pusat urut seolah-olah kelihatan sangat untuk diluluskan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment