My Add

Monday 21 May 2012

Peneroka jangan angkuh

*ISMAIL Sabri Yaakob beramah mesra dengan warga emas yang menerima sumbangan kerusi roda pada Majlis Penglibatan Generasi Baru Dalam Gerakan Koperasi Peringkat Pahang di Bera, Pahang, semalam.

BERA, AHAD, 20 Mei, 2012: Peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia diingatkan tidak angkuh dengan menganggap 'durian runtuh' sebagai hak mereka dan bukannya pemberian kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 'durian runtuh' berjumlah RM15,000 itu merupakan ihsan kerajaan sebagai menghargai jasa golongan peneroka terhadap Felda.

"Durian runtuh itu daripada penyenaraian syarikat di bawah Felda yang tidak ada kena-mengena dengan peneroka.

"Jadi tidak perlu sebut soal hak. Jangan terlalu riak. Dari mana datangnya hak itu sedangkan penyenaraian langsung tidak membabitkan syer atau tanah peneroka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment