My Add

Tuesday 15 May 2012

Perak tetap mahu buka LCCT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH, ISNIN, 14 Mei, 2012: Kerajaan negeri akan meneruskan rundingan bersama kerajaan Pusat bagi merealisasikan hasrat membuka sebuah terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di utara Perak walaupun terdapat kebimbangan ia bakal menjejaskan lapangan terbang sedia ada di Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, LCCT yang akan dikenali sebagai Terminal Udara Utara Malaysia (UMAT) itu wajar dilihat dalam konteks kerjasama yang bakal memberi manfaat terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung.

“Saya tidak mengatakan idea ini akan diberhentikan, sebaliknya memerlukan perbincangan lanjut dan berharap perkongsian pintar antara kerajaan negeri dengan swasta ini akan diletakkan di bawah ‘blueprint’ Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

“Kita juga sedang bekerjasama dengan Sime Darby kerana mereka memiliki kawasan tanah yang luas di sana, tetapi saya tidak boleh beritahu di mana tempatnya pada masa ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment