My Add

Tuesday 15 May 2012

IKBN Penawar tumpu O&G, IKBN Temerloh permotoran

PUTRAJAYA, ISNIN, 14 Mei, 2012: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Penawar, Johor akan dijadikan pusat kecemerlangan industri minyak dan gas (O&G) manakala IKBN Temerloh pula akan tertumpu kepada bidang permotoran.

Kedua-dua IKBN itu akan menyokong keperluan industri masing-masing yang kini semakin mendapat permintaan menggalakkan di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, IKBN Penawar akan menyokong pembangunan koridor Wilayah Iskandar yang memerlukan sehingga 40,000 tenaga kerja dalam bidang tersebut untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, pengambilan pertama akan bermula Julai ini dan tempoh pengajian mengambil masa selama enam bulan.

"Untuk itu, pada tahun ini sebanyak 12 memorandum persefahaman (MoU) akan ditandatangani dengan syarikat berkaitan seperti Esso dan Lion Group of Companies." katanya lagi. - UTUSAAN

No comments:

Post a Comment