My Add

Wednesday 9 May 2012

Permata Negara tidak didik kanak-kanak mengenai politik

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
JELI, rabu, 09 Mei, 2012 Program Permata Negara tidak pernah mendidik kanak-kanak mengenai fahaman politik kerajaan memerintah sebaliknya fokus utamanya adalah mendidik mereka menjadi insan yang membesar secara holistik dan cergas minda, kreatif serta berkeyakinan diri.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pemahaman mengenai objektif itu perlu kerana usaha membuka pusat-pusat Permata Negara di semua negeri sering kali terjejas disebabkan keengganan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang untuk menyediakan tapak.

"Walaupun saya berhasrat mewujudkan lebih banyak pusat seperti ini, namun demikian kita menghadapi kekangan untuk memperolehi tapak yang sesuai khususnya di negeri-negeri bukan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Bagi negeri di bawah pembangkang susah nak berunding, nak paksa pun tidak boleh jadi kita buat setakat mana yang boleh," katanya berucap pada Majlis Perasmian Pusat Anak Permata Negara Jeli di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment