My Add

Saturday 5 May 2012

PM ucap Selamat Hari Wesak semua penganut Buddha

KUALA LUMPUR 4 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang akan menyambutnya esok.

Sambil menyifatkan sambutan perayaan tersebut sebagai amalan yang mewarnai budaya Malaysia, Perdana Menteri berkata, rakyat negara ini tanpa mengira kaum, etnik atau latarbelakang terikat dengan nilai-nilai positif melalui agama yang dianuti.

"Selagi kita terus membina asas kesefahaman berdasarkan prinsip-prinsip ini, kita sudah pasti mampu mengelakkan konflik dan terus berkembang sebagai komuniti keagamaan yang memberi faedah kepada semua," katanya di dalam blog www.1malaysia.com.

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri menikmati kepelbagaian ditawarkan di negara ini termasuk perayaan semua kaum dan agama yang telah membawa nilai-nilai seperti kebaikan dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, masyarakat di negara ini terutama kaum Cina diseru untuk terus menerapkan budaya berkongsi dan memberi menerusi aktiviti kebajikan sempena sambutan Hari Wesak.

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel pula berkata, masyarakat Malaysia diseru agar terus mengamalkan nilai-nilai murni dalam agama masing-masing bagi menjamin kesejahteraan hidup bersama di negara ini.

No comments:

Post a Comment