KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan dana sebanyak RM49 juta bagi diagih-agihkan sebagai pinjaman kepada 32,777 pelajar di seluruh negara bagi kemasukan Mei dan Jun ini.
Menurut PTPTN dalam satu kenyataan, peruntukan tersebut akan diberikan kepada para pelajar terbabit pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di 35 lokasi di seluruh negara ini.
"Majlis ini merupakan salah satu usaha PTPTN dalam mendekati masyarakat, khususnya para pelajar dan ibu bapa di seluruh negara ini.
"Ia juga bertujuan memberi peluang kepada PTPTN dalam menghargai pelanggannya," kata PTPTN.
Jelas kenyataan itu, majlis tersebut diadakan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta politeknik di seluruh negara. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment