My Add

Sunday 27 May 2012

Semak kembali pegangan Islam - Mufti

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
KANGAR, SABTU, 26 Mei, 2012: Kalangan umat Islam menyokong usaha untuk memastikan seorang bukan Melayu yang tidak beragama Islam menyandang jawatan Perdana Menteri di negara ini seharusnya menyemak kembali pegangan Islam masing-masing.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, ini kerana, tindakan tersebut dikhuatiri menyimpang daripada ajaran Islam yang mahukan umatnya supaya menyokong individu seagama menjadi pemimpin utama negara.

"Sebagai umat Islam, kita perlu menyokong individu Islam sebagai pemimpin utama seperti di negara ini, Perdana Menteri seharusnya datang daripada orang Melayu beragama Islam," kata beliau pada sidang akhbar, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan segelintir umat Islam menyokong usaha pihak tertentu yang mahukan Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu.

Ia ekoran kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau akan terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurut Juanda, perkara tersebut seharusnya dipandang serius kerana ia melibatkan soal agama, malah keputusan Dewan Ulama Pas menentang sebarang usaha untuk melonjakkan dalam kalangan bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini perlu membuka mata ramai pihak.

"Pas secara keseluruhannya perlu membuat pendirian, dewan ulamanya secara jelas menentang kenyataan Karpal dan langkah itu selari dengan pendirian Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ulama-ulama di seluruh dunia bahawa sesebuah negara yang majoritinya umat Islam perlu ditadbir oleh pemimpin utama beragama Islam.

"Wajarkah sesuatu pihak bersandarkan perjuangan Islam terus menyokong kumpulan secara jelas membawa agenda menjatuhkan kepimpinan dalam kalangan orang Islam sendiri," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment