My Add

Sunday 27 May 2012

Amaran awal kepada orang Melayu - Syed Ali

KUALA LUMPUR, sabtu, 26 Mei, 2012: Pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri merupakan amaran awal kepada orang Melayu tentang hak dan kepentingan mereka di negara ini bakal tergadai pada masa hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, kenyataan itu juga boleh dilihat sebagai petanda sudah ada strategi pihak tertentu yang mahu melenyapkan fungsi dan kedudukan raja-raja Melayu.

“Sekarang DAP mahu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, lambat-laun kedudukan raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara juga akan dipadamkan dalam Perlembagaan.

“Kenyataan Karpal itu juga merupakan provokasi DAP dalam meraih sokongan pengundi Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi," katanya dalam entri terbaru laman blog umnocheras.blogspot.com.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan kenyataan Karpal bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.

Tegas Syed Ali, keadaan itu akan berlaku apabila orang Melayu berpecah belah, umat Islam dilaga-lagakan oleh Pas yang saban hari menjaja kepalsuan perjuangan Islam manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berlegar-legar mencari peluang merusuh di jalanan.

Beliau juga berkata, impian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri juga awal-awal lagi sudah ditolak oleh sekutu rapatnya DAP dan ia membuktikan Ketua Pembangkang itu sememangnya diperakui tidak layak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment